KUIH RAYA

28 August 2011 0 comments
Salam. Entry kali ni simple aje. Pergi PKNS Shah Alam tadi, boleh tahan ramai juga orang, ingatkan semua dah balik kampung. Tahun ni beraya di Shah Alam aje memandangkan nenek2 semua nak jadi orang bandar. Kire tak cakap 'Balik Kampung' dah, cakap 'Balik Bandar'. Tapi tahun ni aku agak takda mood sangat nak beraya. Beli baju cekau je mana ada. Sebabnya, hati ni nak sangat rasa balik kampung. Aku rasa balik kampung leh bagi tenang otak dari segala macam benda dekat bandar ni. Walaupun kat kampung takde Astro, takde internet, line telefon pun kejap ada kejap takda..Suasana tenang, bukak pintu luas2, angin sepoi2 bahasa, laman yang luas untuk membuat barbeque, makan rambutan atas pokok, dapur yang luas untuk masak juadah raya dan main bunga api memberikan satu kepuasan dan nikmat hidup di kampung. Takde sapa nak marah, takde pun kecurian ke samun ke kalau ko bukak pintu rumah luas2, kerja makan and tido and relaks. But now rasa tue dah takde! Ape2pun, aku tetap bersyukur kerana diberi peluang dari Nya untuk menyambut raya bagi tahun ini pula. Dah panjang lak bebel ni, so aku nak hidangkan mata korang dengan kuih raya yang aku shoot untuk Aunty Rosie. Selamat Menjamu Mata! (Aku tak buat pun kuih raya tahun ni, semua beli aje)...




Do you see what I see? Tak senang woo nak shoot gambar lalat. Hehe






0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 LAW OF COLOUR | TNB